AADK Pendang Tahan 21 Penagih, Seorang Bilal Masjid


ALOR SETAR - Seorang bilal masjid antara 22 penagih dadah yang ditahan penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) disyaki terlibat dengan aktiviti penagihan dadah dalam operasi di sekitar daerah Pendang semalam.

Menurut Ketua Pegawai AADK Daerah Pendang, Ahmad Zaher Hamid, operasi yang bermula sejak malam Selasa hingga pagi Rabu itu melibatkan 10 anggota AADK dan telah berjaya menahan penagih dadah berusia 18 hingga 43 tahun manakala bilal terbabit berusia 38 tahun.

Jelasnya, operasi tersebut dijalankan di Taman Sejahtera, Kubur Panjang, KEDA Tanjung Setol, Kampung Kubang Pisang, Kampung Pulau Machang dan sekitar Mukim Air Putih.

Sementara itu, katanya, bilal tersebut ditahan di sebuah rumah di Taman Sejahtera di sini.


“Operasi yang dilakukan di kampung-kampung berkenaan bermula dari pukul 8.30 malam hingga 5 pagi hari ini,” katanya memetik Utusan Online.

Tambah Ahmad Zaher, hasil ujian saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis opiat dan mentamphetamine.

Katanya, kesemua penagih dadah yang ditahan dibawa ke Pejabat AADK Pendang dan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Bilal yang ditahan bersama dadah dipercayai jenis heroin seberat 2.75 gram diserahkan kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com