50% Isu Tanah Di Baling Diselesaikan Dalam Masa Terdekat


ALOR SETAR – Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin 50 peratus kes pemilikan tanah yang dihadapi penduduk di kawasan parlimen itu akan dapat diselesaikan secepat mungkin dalam masa terdekat.

Menurutnya, sehingga kini terdapat kira-kira 1,200 kes yang belum selesai termasuk tanah Felcra, Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah serta Jabatan Pengairan dan Saliran.

“Bakinya akan diselesaikan sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat,” katanya memetik Bernama.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) kepada penduduk Kampung Dara Sungai Tawar, di sini pada Jumaat.

Beliau juga berkata isu pemilikan tanah berkenaan akan dijadikan sebahagian petunjuk prestasi utama BN kawasan itu pada masa depan.

Pada majlis tersebut, 133 penduduk menerima LPS selepas menetap di perkampungan tersebut lebih 30 tahun. – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com