5 Sebab Kenapa Perlu Tolak Pakatan Harapan


PARTI-PARTI pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan bercita-cita mahu membentuk kerajaan di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan depan.

Pelbagai janji telah dipersembahkan kepada rakyat Malaysia untuk menarik minat pengundi memilih mereka.

Mereka juga sepanjang masa menyebarkan kelemahan dan keburukan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Lima sebab di bawah ini ialah alasan-alasan yang kukuh kenapa rakyat Malaysia mesti menolak Pakatan Harapan dalam PRU14 ini.


1. Tidak Membela Islam

DAP telah mengumumkan dua pemimpin mereka akan dilantik sebagai menteri jika menang PRU14 nanti. Ini bermakna DAP ialah parti yang paling menguasai PH dan mensasarkan untuk memperolehi jawatan-jawatan paling kanan dalam kabinet PH. Rekod DAP telah menunjukkan yang ia ialah parti yang paling kuat bersikap perkauman menolak kedudukan Islam dan Melayu dalam perlembagaan.


2. Tidak Jelas Hala Tuju

Selain menggembar-gemburkan kelemahan kerajaan BN, tidak banyak yang dikemukakan oleh PH sebagai pelan mentadbir dan memajukan negara. Mereka masih kabur dalam menyatakan sikap tentang GST, satu sumber cukai penting kepada pendapatan negara. Perbezaan pandangan dan dasar antara DAP dengan PKR, dua parti terbesar PH yang telah memerintah negeri sejak dua penggal lalu akan menyebabkan perbalahan.


3. Banyak Menipu

Jika dulu pakatan pembangkang mahu menghukum bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kali ini PH telah memilih beliau sebagai bakal PM mereka kalau menang dalam PRU14 nanti. Mereka juga menaburkan bermacam-macam janji sebelum ini seperti menghapuskan tol, tetapi kerajaan BN pimpinan Najib yang melaksanakannya sejak 2009 lagi. Tidak hairanlah kebimbangan pada Akta Antiberita Tidak Benar sangat jelas di pihak mereka.


4. Tidak Stabil

Rancangan PH ialah merombak perancangan-perancangan dan projek-projek yang telah dilaksanakan di bawah pentadbiran Najib. Dengan alasan pengaruh China dan sebagainya, PH menunjukkan pendirian menentang projek pembangunan BN, tanpa memberikan alternatif yang munasabah. PH sebagai kerajaan di Putrajaya akan mencetuskan rasa ketidaktentuan di kalangan pelabur luar dan membawa kepada keadaan tidak stabil.


5. Berebut Kuasa

Belum pun PRU14 bermula, parti-parti komponen PH telah mula bergolak dan bertelingkah sesama mereka. Mereka berebut kerusi dan masing-masing merancang bagaimana untuk mencantas parti lain selepas PRU14 nanti supaya parti mereka yang akan menjadi paling berkuasa. Ramai sudah mengetahui yang pelan peralihan kuasa mereka sangat tidak stabil dan boleh berubah. Masing-masing memerhatikan satu sama lain! - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com