5 Calon Pakatan Harapan Sudah Kalah Ssebelum PRU14


Selepas selesai proses pencalonan Pilihan Raya Umum ke-14 semalam, sekurang-kurangnya empat wakil Pakatan Harapan telah kecundang dalam gawang kekalahan dan kegagalan.

Antara mereka adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan hilang kelayakannya di Batu – kerusi parlimen – yang dipegangnya selama 10 tahun.


Dia dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan.

Di kerusi Dewan Undangan Negeri Johor, Bukit Pasir, pencalonan calon PPBM, Pizi Jihat ditolak oleh pegawai pengurus SPR.

Ini kerana, namanya tersenarai dalam rekod Jabatan Insolvensi. Tiada lain jika rekod ada pada jabatan tersebut melainkan orang itu adalah muflis.

Presiden PPBM yang diharamkan sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pizi telah menyelesaikan isu kebankrapannya sebelum dicalonkan, dan membawa dokumen bagi membuktikan dakwan itu hari ini.

“Antara dokumen yang dia berikan kepada pegawai pengurus adalah semakan di laman web Jabatan Insolvensi yang menunjukkan bahawa dia tidak muflis.

“Tetapi (pegawai pengurus) berkata semakan terakhir mendapati dia bankrap…,” kata Muhyiddin kepada wartawan.

Beliau berkata parti itu akan berunding dengan peguam mereka mengenai tindakan seterusnya.

Nasib yang sama menimpa calon PPBM, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga di Pulau Pinang.

Walau bagaimanapun, Yaakob menafikannya dan mendakwa bahawa semakannya menunjukkan bahawa dirinya bukan bankrap.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mengatakan bahawa terdapat data yang saya bankrap. Kami sudah semak minggu lepas dan semalam.

“Tiada isu dan saya tidak pernah disaman oleh sesiapa pun atau diisytihar muflis. SPR sudah memutuskannya, tiada apa oleh dibuat,” katanya dipetik sebagai berkata oleh The Star Online.

Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan bertanding.

Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang kerana alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana.

Mohd Hafidz Rizal Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas sebab dirinya juga bankrap. Dia enggan mengulas apabila ditemui.


Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat penamaan calon kerana dia tidak membawa pas SPR.

Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi itu tanpa bertanding.

Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dalam satu kenyataan, menuduh pegawai pengurus SPR bagi DUN Rantau sengaja melengah-lengahkan calon partinya. Tuduhan itu telah dibalas semula oleh portal Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah tindakan penyebaran berita palsu dan persepsi oleh Rafizi.

Turut mengalami nasib yang sama adalah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Jenice Lee. Beliau mengemukakan kertas pencalonannya untuk kerusi DUN Teratai dan kerusi Parlimen Pandan.

Walau bagaimanapun, beliau dibenarkan masuk juga sebelum tempoh pencalonan ditutup.

Sumber – TV14

#JomBN #BersamaBN #DahulukanRakyat #HebatkanNegaraku #PRU14 #TsunamiPHitnah #GE14 #UndiBN #BR1M #ManifestoBN #HarapanPalsu #HarapanBohong #TolakDAP #PakatanDAP #SinsofMahathir #DosaDosaMahathir

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com