32 Saman Dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan Di Langkawi


ALOR SETAR - Sebanyak 32 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas, dikeluarkan dalam Operasi Bersepadu Samseng Jalanan selama empat jam di Jalan Ayer Hangat di sini, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Dr Che Ghazali Che Awang, berkata operasi bermula jam 5 petang itu membabitkan seorang pegawai bersama tujuh anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Langkawi dan 30 anggota polis pelbagai unit.

Beliau berkata, seramai 70 penunggang dan pemandu serta 68 kenderaan pelbagai jenis diperiksa dalam operasi itu.


"Daripada jumlah saman dikeluarkan, 10 membabitkan kesalahan tiada lesen memandu, cukai jalan (lima) dan selebihnya pelbagai kesalahan lain.

"Sebanyak 19 motosikal disita dan dibawa ke Balai Trafik Langkawi atas pelbagai kesalahan, termasuk mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Berdasarkan maklumat dan aduan orang ramai, katanya, beberapa kumpulan mat rempit dikata menggunakan beberapa jalan raya di sekitar pulau ini untuk berlumba secara haram.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com