3,000 Pengamal Seni Silat Gayong Berhimpun


ALOR SETAR – Hampir 3,000 ahli silat menghadiri Program Malam Pendekar Segayong Kiambang Bertaut anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) yang diadakan di Kompleks Sukan Kriss Modenas Gurun di sini pada Sabtu.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PSSPGM, Fadzil Omar, pertubuhan yang diasaskan pada 1978 itu kini telah berkembang maju hingga ke seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.

“Melalui usaha tidak mengenal jemu itu, seni silat PSSPGM sampai ke Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Morocco dan negara lain.

“Generasi muda perlu mempelajari ilmu silat termasuk pertandingan juara seni cara tempur dan sukan bagi menanam semangat jati diri dan keberanian,” katanya memetik Utusan Online.


Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Timbalan Speaker Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kedah, Datuk Azmi Che Hussain.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah ketika merasmikan program itu berkata, langkah diambil PSSPGM untuk memberi ilmu berkaitan seni silat adalah baik sekali.

“Buatlah apa sahaja yang terbaik bagi memperelokkan masa depan generasi muda di negara ini.

“Sehubungan itu, kuasa yang ada pada rakyat harus dipertahankan demi kestabilan negara dalam memenuhi harapan serta impian generasi muda,” ujarnya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com