300 Anggota Parti Pembangkang Pasir Salak Dijangka Keluar Parti


PASIR SALAK - Kira-kira 300 anggota pembangkang di kawasan Parlimen Pasir Salak dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat.

Pengerusi Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata ia susulan tindakan 45 anggota termasuk bekas pemimpin Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Pasir Salak yang bertindak keluar parti pada Ahad.

"Susulan gelombang ini, saya percaya lebih ramai anggota parti pembangkang akan keluar dan menyertai BN sekali gus ia memberi tamparan hebat kepada pembangkang.

"Ini menunjukkan sokongan rakyat terhadap pembangkang semakin hari semakin merosot seterusnya dijangka dapat memberi kemenangan besar kepada BN di Pasir Salak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bilik Gerakan BN Kampung Telok di sini semalam.

Terdahulu, bekas Naib Ketua Pemuda PKR Cabang Pasir Salak Mohd Khairul Nizam Hajar bersama 44 anggota parti berkenaan bertindak keluar parti dan menyerahkan borang keahlian mereka kepada Tajuddin.- BERNAMA

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com