28 Orang Calon Muda Ditampilkan BN Bertanding Di Kerusi Parlimen


Penamaan calon sudah selesai diadakan jam 10 pagi tadi. #TsunamiBiru telah melanda seluruh negara. Di setiap tempat penamaan calon #TsunamiBiru sudah tenggelam terus geng #PHitnah.

Tahniah kepada Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan yang menang tanpa bertanding di DUN Rantau. Simpati buat Tian Chua yang tidak boleh bertanding di Parlimen Batu. Manakala di Langkawi berlaku pertandingan tiga penjuru di Parlimen antara Nawawi (BN), Mahathir (PKR) dan Zubir Ahmad (PAS).

Di 14 negeri di seluruh negara, sejumlah 28 calon muda ditampilkan BN untuk kerusi parlimen. Di Melaka ada 2 calon muda di Parlimen, di Selangor ada 6 orang calon muda di parlimen. Di Wilayah ada 2 calon muda, manakala di Kelantan ada 3 orang dan Negeri Sembilan tampilkan 2 orang.

Di Sarawak ada 3 parlimen calon muda ditampilkan, 2 calon BN di Pulau Pinang, 4 calon BN dari generasi muda di Perak, 3 orang di Sabah dan 1 orang di Pahang.

Bermakna daripada sejumlah 222 kerusi parlimen, sejumlah 12.6% atau 28 orang calon adalah terdiri daripada calon orang muda. Manakala di kerusi DUN ada sejumlah 79 orang calon muda ditampilkan.

Keseluruhannya, ada sejumlah 107 orang calon muda dipertandingkan. Dari segi peratusan, daripada 567 orang calon, ada 19% orang muda,

Manakala berdasarkan calon muka baru pula terdapat 309 orang calon muka baru ditampilkan Barisan Nasional.

Di Wilayah Persekutuan, 3 orang muka baru dipilih untuk bertanding kerusi parlimen. Di Selangor  57 muka baru ditampilkan di 14 kerusi Parlimen dan 43 kerusi DUN. Di Johor, 36 muka baru ditampilkan. Di Kelantan, 30 calon muka baru dipertaruhkan.

Di Sarawak, sejumlah 15 calon muka baru ditampilkan dari 31 kerusi parlimen yang ditandingi BN. Di Terengganu, 18 orang calon baru dicalonkan.

Di Negeri Sembilan, BN pertaruhkan 22 calon muka baru. Manakala di Kedah, ada 17 calon muka baru diberi kepercayaan oleh BN. Di Perak ada 32 calon muka baru dan Pulau Pinang ada 31 calon muka baru.

Di Sabah 6 calon baru ditampilkan di kerusi parlimen dan 17 DUN. Di Perlis 1 calon muka baru dipertaruhkan di parlimen Kangar. Manakala di Pahang sejumlah 15 calon baru ditampilkan, tiga di parlimen dan 12 di kerusi DUN.

Keseluruhannya, daripada 222 kerusi parlimen dan 576  kerusi Dewan Undangan Negeri  terdapat sejumlah 309 orang calon muka baru di 14 negeri tersebut. Secara peratusannya sejumlah 54.5% calon muka baru ditampilkan BN dalam PRU14 kali ini.

Calon calon Barisan Nasional ini membawa agenda rakyat bukan agenda peribadi dan kroni sepertimana yang dibawa oleh Pakatan Harapan.

#BersamaBN  #HebatkanNegaraku #TsunamiBiru
#DahulukanRakyat  #JomBN  #ManifestoBN

Sumber:BeruangBiru

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com