24 Penduduk Pulau Tuba, Langkawi Terima Geran Tanah Sementara


Seramai 24 orang penduduk Pulau Tuba, Langkawi yang telah menduduki tanah kerajaan sejak lebih tiga dekad telah menerima geran sementara daripada kerajaan.

Masih banyak lagi permohonan telah diterima kerajaan dari penduduk yang layak untuk menduduki tanah keranaan  di pulau ini di mana kelulusannya akan dibuat secara berperingkat-peringkat.
Jaminan itu diberikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas menghadiri perjumpaan bersama penduduk Pulau Tuba malam tadi.


Pada perjumpaan itu Menteri Besar menyampaikan Lesen Menduduki Sementara (TOL) kepada 24 orang penduduk pulau berkenaan.

Sementara itu Ahmad Bashah yang juga Pengerusi UMNO/BN negeri berharap kira-kira 1,900 orang pengundi  di pulau itu akan terus mempertahankan Langkawi  sebagai salah satu kubu kuat BN di Langkawi pada pilihanraya umum 9 Mei ini.

Beliau juga menjelaskan keperluan rakyat yang belum dipenuhi setakat ini akan dirangkumkan di bawah beberapa agenda yang digarap di dalam manifesto BN Kedah  yang akan dilancarkan pada 18 April ini.

Manifesto Barisan Nasional Kedah untuk pilihan raya umum ini  mencakupi segenap aspek yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, ribuan penduduk Pulau Langkawi dijadual menyambut kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang melawat pulau itu untuk merasmikan hotel The Ritz-Carlton, Langkawi hari ini.

Mengikut acara lawatan, Najib yang juga Pengerusi BN juga dijadual berberucap pada program bersama rakyat di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) sebelum perasmian hotel bertaraf antarabangsa itu. - Kedahnews.comMajlis Pemimpin Bersama Rakyat  di sini hari ini.


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com