207 Juta Biji Telur Di AS Dicemari Salmonela


NEW YORK  - Hampir 207 juta biji telur yang dipasarkan di sembilan negeri di seluruh Amerika Syarikat (AS) diarahkan ditarik balik apabila 22 orang jatuh sakit selepas makan telur-telur berkenaan.

Menurut Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), arahan penarikan semula itu merupakan yang terbesar dilakukan di negara ini sejak 2010.

“Kesemua telur yang dihasilkan di ladang-ladang di Carolina Utara itu sudah dicemari dengan bakteria salmonela yang boleh mengakibatkan jangkitan berbahaya sehingga boleh membawa maut dalam kalangan kanak-kanak. - REUTERS

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com