2 Lelaki Dikhuatiri Lemas Ketika Mandi Di Sungai Lembing


KUANTAN – Dua lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di tapak perkelahan Sungai Pasir Kubur, Sungai Lembing di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, Muhammad Ikhbal Abu Bakar Chandran, 24, dan Dola Kamarudin, 32, dipercayai dihanyutkan arus sungai yang datang secara mendadak sebelum lemas.

Difahamkan pengunjung lain yang menyaksikan kejadian itu cuba membantu menyelamatkan mangsa namun gagal sebelum menghubungi pihak berkuasa.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Mohd Sani Harul berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.07 petang sebelum satu jentera dengan seorang pegawai dan empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dan bomba sukarela turut bergegas ke lokasi bagi melakukan kerja mencari dan menyelamat mangsa.

“Pusat operasi juga dibuka serta keterangan beberapa saksi kejadian telah diambil bagi membantu pencarian mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com