2 Jam Kaki Budak 6 Tahun Tersangkut Dalam Lubang Tandas


Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terpaksa menahan kesakitan lebih dua jam apabila kakinya tersangkut pada lubang tandas di kediamannya di Taman Desa Samoa, di Bentong semalam.

Dalam kejadian 12 tengah hari itu, mangsa dipercayai ke tandas untuk membuang air kecil sebelum tergelincir lalu kaki kirinya terperosok di dalam lubang tandas sehingga paras betis.

Pegawai Operasi Balai Bomba Bentong Haznan Basir berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12 tengah hari sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Seramai enam anggota diarah ke kediaman mangsa selepas kami menerima panggilan kecemasan.

“Pihak bomba terpaksa memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit tanpa sebarang kecederaan,’’ katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Operasi itu berakhir pada 2 petang.- Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com