13 April Sebutan Semula Kes Pengganas Abu Sayyaf


KOTA KINABALU - Mahkamah Majistret di sini menetapkan 13 April ini sebagai tarikh sebutan semula kes seorang lelaki anggota kumpulan Abu Sayyaf.

Penetapan tarikh dibuat di hadapan Penolong Pendaftar, Cindy Mc Juse Balitus.

Terdahulu, suspek Marsan Ajilul, 31 tahun, ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu operasi yang diadakan di ibu negeri pada 15 Mac lalu susulan penangkapan enam individu di Johor yang disyaki terbabit kumpulan pengganas Daish.

Lelaki yang berasal dari Zamboanga, Filipina itu merupakan anggota kanan Furuji Indama iaitu ketua kumpulan Abu Sayyaf di Basilan Selatan dan pakar dalam menghasilkan bahan letupan IED (improvised explosive device).

Suspek juga didapati ingin melancarkan serangan di Sabah serta menjadikan Sabah sebagai lokasi persembunyian atau 'safe haven' bagi pengganas daripada Filipina.

Marsan didakwa dengan dua pertuduhan iaitu di bawah Seksyen 130KA Kanun Keseksaan bagi menganggotai kumpulan pengganas dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya Wan Farrah Wan Ghazali manakala suspek tidak diwakili peguam.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com