12 Murid Dipercayai Turut Jadi Mangsa Cabul Guru Tampil


MIRI – Seorang guru yang ditangkap pada Selasa lepas kerana mencabul kehormatan seorang murid perempuan dipercayai turut melakukan perbuatan terkutuk itu pada 12 murid lain di sekolah sama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata antara 5.40 petang hingga 8.15 malam semalam, seramai 12 ibu bapa telah datang ke Balai Polis Niah untuk membuat laporan polis terhadap suspek yang didakwa mencabul kehormatan anak-anak mereka.

“Setakat ini 13 mangsa kanak-kanak telah tampil, mereka adalah murid Tahun Dua hingga Tahun Lima sebuah sekolah rendah di Batu Niah Miri berusia antara lapan dan 11 tahun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata kesemua mangsa mendakwa kejadian berlaku ketika mereka berada dalam Tahun Satu dan Tahun Dua serta suspek dikatakan turut merakam gambar bahagian badan mangsa menggunakan kamera telefon bimbitnya.

“Telefon bimbit suspek telah dirampas untuk analisa forensik dan dia direman tujuh hari hingga 1 Mei ini sejak ditangkap 24 April lepas,” katanya. – Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com