11 NGO, 3 UA Pemerhati PRU-14


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melantik 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tiga universiti awam (UA) sebagai pemerhati tempatan bagi perjalanan proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

SPR dalam satu kenyataan berkata, sehingga hari ini, seramai 1,089 pemerhati dari NGO dan universiti sudah dilantik bagi melaksanakan tugas pemerhatian di 182 kawasan Parlimen.

NGO dan UA yang dilantik sebagai pemerhati di Semenanjung, Sabah dan Sarawak itu adalah Majlis Belia Malaysia (MBM); Persatuan Pengundi Wawasan Malaysia; Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi MARA (UiTM); Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Persatuan OKB Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor; Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak; Persatuan Kebangsaan Orang Ulu Sarawak (OUNA); Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh (DBNA); Persatuan Melanau Sibu; Persatuan Cina Miri; Majlis Belia Sabah dan Dewan Perniagaan.

Menurut kenyataan itu, SPR juga sudah menjemput 14 negara sebagai Pemerhati Antarabangsa, yang terdiri daripada Badan Pengurusan Pilihan Raya dari negara anggota ASEAN, Komanwel, Asia dan Eropah.

"Negara yang sudah mengesahkan kehadiran ialah Indonesia, Thailand, Maldives, Timor Leste, Azerbaijan, Kemboja dan Kyrgystan.

"Kita masih menunggu maklum balas beberapa negara lagi, termasuk Bosnia Herzegovina, Uzbekistan, India, Pakistan dan New Zealand," katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com