1000 Penyokong BN Banjiri Pusat Penamaan Calon Di Alor Setar


ALOR SETAR - Lebih 1000 penyokong Barisan Nasional (BN) mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah yang bertanding bagi DUN Suka Menanti ke pusat penamaan calon Pilihanraya Umum ke 14 di Komplek Belia dan Sukan, di sini, kira kira jam 8.30 pagi.

Ahmad Bashah yang berbaju Melayu warna biru tua diiringi isterinya, Datin Seri Hizam Awang Ahmad serta calon BN bagi Dato' Yoo Wei How (Parlimen Alor Setar), Tan Eng Hwa (DUN Kota Darul Aman) dan Hj. Abdul Malik Saad ( DUN Alor Mengkudu)




Selepas doa dan laungan kalimah Allahuakbar, para penyokong terus melangkah dengan penuh semangat perjuangan mengiringi calon ke pusat penamaan.

Dilihat kesemua calon BN penuh bersemangat untuk memenangi pilihan raya ke-14 kali ini. -Kedahnews.com

#TsunamiBiru
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com