100 Peluru Berpandu AS Hentam Syria


MOSCOW - Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya melancarkan lebih 100 peluru berpandu cruise dengan sebahagiannya dipintas sistem pertahanan udara Syria.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Russia, peluru berpandu udara ke bumi itu dibedil AS, Britain dan Perancis dari laut dan udara mensasarkan kemudahan tentera Syria dan awam.

Peluru berpandu terbabit dilancarkan dari kapal perang AS di Laut Merah serta pesawat di ruang udara Mediterranean dan pesawat pengebom strategik AS dari pangkalan udara Al-Tanf di sempadan Syria-Iraq.

Agensi berita Russia RIA Novosti melaporkan sejumlah peluru berpandu ditembak jatuh oleh Syria.

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, sistem pertahanan udara Syria dihasilkan Soviet Union lebih 30 tahun lalu.

Sistem pertahanan udara Russia yang ditempatkan di Syria tidak digunakan bagi menangkis serangan kelmarin.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Perancis, Florence Parly berkata, negaranya melancarkan peluru berpandu dari kapal frigate di Laut Mediterranean dan jet pejuang.

Parly berkata, aset berbeza digunakan untuk melancarkan peluru berpandu serentak dengan serangan AS dan Britain.

Britain pula menggunakan empat pesawat Tornado membedil peluru berpandu Shadow. - AFP.

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com