Zina Dengan Lelaki Lain, Suami Sebat Isteri 100 Kali


PADAH curang dan mengkianati pasangannya, tangan seorang wanita diikat dengan tali yang digantung pada pokok sebelum disebat 100 kali di hadapan khalayak ramai kerana berzina.

Lapor Dailymail, dalam kejadian di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India, mangsa menjerit kesakitan dipukul berkali-kali dengan tali pinggang oleh suaminya sambil diperhatikan sekumpulan lelaki lain.

Tidak tahan dengan ‘hukuman’ itu, mangsa pengsan di tempat kejadian dan kumpulan lelaki tersebut juga terus menyerang mangsa secara seksual dan turut cuba merogol mangsa.

Hukuman itu dikenakan terhadap wanita terbabit selepas ‘mahkamah kangaru’ mendapati wanita itu bersalah kerana melarikan diri bersama kekasihnya pada awal bulan lalu.

Pada 10 Mac, si suami berpura-pura menghantar waktil untuk memujuk wanita itu pulang ke rumah dan berjanji akan melupakan apa yang telah berlaku serta memulakan hidup baru.

Apabila wanita itu kembali, sebuah mahkamah yang terdiri daripada pemimpin tua di kampung itu telah membuat keputusan agar wanita terbabit disebat sebanyak 100 kali oleh suaminya.

Susulan kejadian itu, mangsa yang mengalami kecederaan serius telah membuat laporan polis. Bertindak di atas laporan yang dibuat mangsa, polis sedang memburu suami mangsa dan beberapa lagi individu yang terlibat.

“Beberapa individu telah disenaraikan dalam kes itu termasuk suaminya dikenali sebagai Saudan dan lima lelaki berpengaruh di kampung terbabit,” kata jurucakap polis, Altaf Ansari.

Jelasnya, mereka sedang memburu beberapa lagi individu dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com