Warga Emas Di Kepala Batas Bersyukur Dapat Kerusi Roda


ALOR SETAR - Impian seorang warga emas yang menjadi suri rumah sekian lama untuk memiliki kerusi roda supaya memudahkan aktiviti kehidupan hariannya akhirnya menjadi kenyataan.

Aminah Ramli berasal dari Kampung Titi Besi mendakwa kesulitan yang dihadapinya memaksa dia mengesot untuk bergerak kemana sahaja selepas lumpuh hampir setahun lalu .

“Semenjak itu aktiviti harian saya sangat terbatas malah kadang-kala terpaksa dikendong suami untuk bergerak ke sesuatu tempat. Saya sangat memerlukan kerusi roda untuk aktiviti harian supaya dapat bergerak ke tandas atau ke mana sahaja.

“Alhamdulillah, masalah saya ini mendapat perhatian Adun Bukit Pinang dan menghulurkan sumbangan supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih selesa lagi,” katanya.

Sementara itu, Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salem berkata, pihaknya prihatin dengan nasib yang menimpa kehidupan Aminah yang lumpuh hingga sukar untuk bergerak

Jelasnya, sumbangan kerusi roda itu  merupakan aktiviti Program Santunan Rakyat kepada masyarakat yang memerlukan pelbagai bantuan terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Saya berharap dengan sumbangan itu dapatlah Aminah melakukan aktiviti harian dengan sempurna,” katanya yang juga Yang Dipertua Pas Pokok Sena. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com