Wanita Kudung Ditetak Suami Dapat Tangan Bionik


SEORANG ibu kepada dua anak, Margarita Grachyova, 25, yang hilang sebelah tangan kanan selepas ditetak oleh suaminya, kini mendapat tangan bionik. Dia diterbangkan dari Rusia ke Jerman untuk mendapatkan tangan baru tersebut.

Dengan tangan ala robot itu, Margarita kini dapat memeluk anak-anaknya. Pada masa sama, Magaita terpaksa menjalani sesi pemulihan untuk tangan kirinya, yang turut ditetak.

“Apa yang penting ialah kesihatan dan saya sudah tunjukkan pada anak-anak saya bahawa ibu mereka ada tangan robot,’’ kata Margarita.

Wanita itu menjadi mangsa serangan suaminya, Dmitry, 26, pada Disember tahun lepas. Lelaki berkenaan memotong kedua-dua tangannya kerana menyangka Margarita curang selepas wanita tersebut memohon cerai.

Margarita diikat di pokok sebelum Dmitry menetak kedua-dua tangan isterinya. Dia kemudian dikejarkan ke hospital oleh lelaki kejam itu.

Hanya tangan kirinya sahaja berjaya disambung semula oleh doktor meskipun lapan tulang tangan telah patah dan hampir hancur akibat ditetak oleh suaminya. Dia dijangka mampu menggunakan 70 peratus daripada tangan kiri tersebut.

Manakala tangan kanan Margarita tidak dapat disambung. Kisah Margarita menjadi inspirasi di Rusia mengenai bagaimana ketabahan dan keberaniannya dalam menghadapi kesukaran.

Dmitry telah ditahan dan kini sedang menjalani pemeriksaan psikiatrik sementara menanti perbicaraan diadakan.Buat masa ini, Margarita masih belum mampu memakai baju dan terpaksa dibantu oleh ibunya, Sheikina.  - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com