Wanita Kena Hadap 'Kening Lintah' Selepas Upah Artis Tatu Tidak Berpengalaman


GAMBAR sebelum dan selepas seorang wanita menunjukkan bahagian keningnya kelihatan seperti lintah gara-gara 'hasil seni' seorang artis tatu kurang berpengalaman menjadi sensasi di Thailand.

Kanyarat Chaichan, 26, menjadi bahan jenaka selepas artis tersebut melukis tatu untuk membentuk keningnya, namun ia tidak seperti yang diharapkan.

Chaichan bertambah sedih kerana tidak mampu menampung kos untuk mencantikkan semula keningnya.

Sebelum ini, wanita itu menggunakan teknik solekan untuk menghasilkan kening yang lebih pekat dan tebal.

Namun, seorang pakar kecantikan yang tersentuh dengan kejadian yang menimpanya telah bermurah hati untuk menanggung kos rawatan bernilai RM6,000 dan dijalankan di Surat Thani pada 21 Mac.


Chaichan perlu menunggu selama enam bulan untuk melihat hasil rawatan laser tersebut berjaya memudarkan kesan tatu itu.

Chaichan menjalani rawatan laser untuk memudarkan kesan tatu pada keningnya.

Kata Chaichan: "Saya suka dengan hasilnya dan bersyukur dengan rawatan yang dibuat. Saya rasa lebih baik sekarang dan nampak lebih cantik.

"Saya ingat saya akan hidup dengan kening begini sepanjang hidup. Sekarang, saya hanya perlu bersabar menunggu ia pulih." 

Sumber: Mirror UK

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com