Wanita Ini Setiap Hari Lupa Telah Bercerai Dengan Suaminya


Penyakit lupa yang dihidapi telah membuatkan wanita ini lupa bahawa dia telah bercerai dengan suaminya.

Malangnya, dia selalu bertanya tentang suaminya dan menunggu si dia pulang dari kerja setiap hari.

Veronika Mescheryakova mempunyai penyakit yang jarang dihidapi iaitu porphyria.

Penyakit ini menjadikan Veronika mempunyai ingatan yang singkat.

Keluarga wanita itu perlu mengingatkannya setiap hari tentang perceraian antara dia dan suaminya.

Kerana, dia tidak mahu bergerak keluar ke pintu hadapan sebelum suaminya pulang.

Setelah diingatkan, biasanya wanita itu akan menangis ketika tidur dan kemudian kitaran yang sama berulang pada keesokan harinya.

Lebih menyedihkan, selain mengalami masalah dengan ingatannya, Veronika juga mempunyai keperluan khusus. Setiap hari, dia duduk di kerusi roda di mana keluarga wanita itu akan dibantu memenuhi keperluannya.

Keluarga wanita itu telah membawanya ke psikiatri untuk membantu Veronika supaya tidak selalu ingat kepada bekas suaminya.

Oleh kerana itu, walaupun menjalani pembedahan untuk mengurangkan gejala penyakit, ia dikira gagal.

Kisah Veronika hampir sama dengan filem 50 First Date, yang dibintangi oleh Drew Barrymore dan Adam Sandler. Ia satu cerita yang menyedihkan.

Sumber -SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com