Wanita Ditemui Mati Dengan 28 Tikaman


SHAH ALAM - Seorang wanita warganegara Indonesia maut dipercayai akibat ditikam bertubi-tubi selepas mengajak teman lelaki yang baru dikenali tujuh bulan lalu untuk berkahwin, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Bukit Jelutong, di sini Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.25 malam itu, mayat mangsa berusia 38 tahun ditemui dengan 28 kesan tikaman di leher, tengkuk, perut dan belakang badannya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharuddin Mat Taib berkata, mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah oleh jirannya yang kebetulan melalui rumah sewa mangsa.

"Mangsa yang bekerja sebagai pembantu kantin di sebuah sekolah di Shah Alam ditikam menggunakan pisau dapur yang turut ditemui di tempat kejadian.

‎"Siasatan awal mendapati berlaku pergelutan antara mangsa dan teman lelakinya sebelum kejadian.

‎"‎Polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang juga teman lelaki mangsa dua jam selepas menerima laporan di Seksyen 13, Shah Alam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam di sini, semalam.

‎Baharuddin memaklumkan, suspek yang bekerja sebagai kontraktor pendawaian elektrik itu difahamkan mempunyai masalah mental tetapi pihaknya masih menunggu pengesahan daripada pihak hospital.

‎Beliau berkata, suspek ditahan reman sehingga 17 Mac ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

‎Dalam perkembangan lain, seramai empat lelaki berusia 28 hingga 38 tahun ditahan dalam tiga serbuan di premis yang menjual minuman keras tanpa lesen kelmarin.

‎Baharuddin berkata, kesemua yang ditahan adalah pekerja tiga premis berkenaan yang terdiri daripada tiga warganegara Myanmar dan seorang rakyat tempatan.

"Serbuan berkenaan dilakukan di dua premis di Sri Muda Seksyen 27 dan sebuah di sebuah kedai serbaneka di Taman Alam Megah bermula jam 5 petang.

‎"Dalam serbuan berkenaan, polis merampas 222 tin minuman keras dan 723 botol minuman keras‎ yang bernilai RM30,000. Kes disiasat di bawah Seksyen 76 Akta Eksais 1976, " katanya.

Sumber: BH Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com