Wajah `Tak Makan Tua’ Yang Jadi Perhatian Peminat


SEORANG penyampai laporan cuaca di stesen televisyen China mendapat pujian ramai kerana dia langsung tidak nampak berusia malah wajahnya ketika in sama seperti wajahnya ketika dia mula-mula muncul di kaca TV pada 22 tahun lepas.

Yang Dan, mula membaca laporan cuaca pada 1996 dan usianya kini mencecah 44 tahun. Dengan wajah yang kelihatan muda, dia dipuja ramai malah video yang memaparkan saat awal dia membaca laporan cuaca sehingga kini telah disebarkan menerusi Weibo.

Dia menjadi pembaca laporan cuaca ketika John Major masih menjadi Perdana Menteri Britain, Bill Clinton pula masih presiden Amerika Syarikat dan ketika internet masih merupakan sesuatu yang asing.


“Ramai penonton membesar menonton rancangannya. Menghairankan kerana mereka semakin berumur tetapi dia langsung tidak berubah.

“Bukan itu sahaja, dia kelihatan semakin muda,’’ demikian tulis netizen.

Manakala salah seorang peminat Yang berkata dia tidak percaya bagaimana Yang langsung tidak berubah.

“Selepas dua dekad, langsung tiada garis pada wajahnya. Dia masih orang yang sama,’’ kata peminatnya itu.

Yang merupakan graduan Institut Penyiaran Beijing dan telah berkhidmat dengan China Central Television Station sejak 1996.

Dia menjadi pembaca untuk dua rancangan laporan cuaca. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com