Video Satu Basikal, Dua Orang Pengayuh Buat Netizen Kagum


SEBUAH video tular di media sosial apabila dua budak lelaki bergandingan tenaga mengayuh sebuah basikal.

Kedua-dua mereka dilihat memakai pakaian seragam sekolah bercorak batik dan berseluar pendek warna merah, dalam video yang dipercayai dirakamkan di Indonesia.

Mereka yang juga memakai stokin putih dan kasut hitam masing-masing berdiri di atas pengayuh sebelah kiri dan kanan dan menunggang basikal di sebuah jalan yang tidak sibuk.

Mengagumkan apabila dua pelajar yang tidak dikenal pasti namanya itu dapat mengekal keseimbangan antara satu sama lain, mengelak lubang, malah mampu memandang ke kiri dan kanan jalan ketika sedang mengayuh.

Video tersebut dirakam oleh seseorang dari belakang.

Ketika sampai di satu persimpangan, kedua-dua mereka masih dapat membelok dengan baik.

Bagaimanapun, berdasarkan komen netizen, situasi ini bukanlah sesuatu yang baharu bagi sesetengah budak lelaki di Indonesia.

Video ini dikongsi oleh pengguna Facebook Yuni Rusmini dan kini sudah ditonton hampir 4,000 kali dan dikongsi lebih 100 kali oleh pengguna lain.

Lokasi sebenar rakaman ini diambil tidak diketahui.

Sumber: Mstar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com