Video: Ibu Muda Tolak Anak Dalam Terusan…


SEORANG ibu muda di Thailand berdepan dakwaan membunuh selepas sengaja menolak anaknya ke dalam terusan di daerah Bang Bua Thong.

Wanita berusia 21 tahun yang dirahsiakan identitinya itu telah ditahan Isnin lalu selepas mayat kanak-kanak malang tersebut ditemui terapung di Terusan Khlong Ton Noon.

Polis Daerah Bang Bua Thong berkata, budak lelaki berusia dua tahun itu meninggal dunia akibat lemas dan dipercayai terapung di terusan tersebut selama tiga jam.


“Hasil pemeriksaan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CTTV) di kawasan itu mendapati, suspek yang berbaju oren dilihat menyeberangi jambatan sambil memimpin tangan anaknya.

“Manakala dalam satu  lagi rakaman CCTV menunjukkan dia pulang secara berseorangan sejam kemudian,” kata polis yang dipetik portal Bangkok Post.

Tambah polis, wanita berkenaan ditahan ketika sedang menunggu bas di Bang Bua Thong kerana mahu melarikan diri.

Ketika ditahan, wanita itu telah menyalin pakaian asalnya dan turut membawa sebuah beg yang dipenuhi pelbagai barangan.

Siasatan awal mendapati, wanita itu mengaku membunuh anaknya kerana tekanan selepas berpisah dengan suami.


Suspek yang juga merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat memberitahu anaknya sebelum ini dijaga oleh ibunya dengan diberikan segala pembelanjaan kewangan.

Namun pernah beberapa kali, ibunya akan membawa cucunya itu ke tempat kerja wanita terbabit sekiranya mereka mengalami pertengkaran. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com