Video: Gadis Berhijab Buat Aksi ‘Superman’ Dikecam


KUALA LUMPUR – Isu mat rempit yang biasanya sinonim dengan remaja lelaki nampaknya kini semakin didominasikan golongan wanita.

Terbaharu, video aksi dua remaja wanita yang ligat menunggang motosikal sambil melakukan gaya ‘Superman’ telah mengundang reaksi kurang senang dalam kalangan netizen di laman sosial.

Rakaman video berkenaan yang dimuat naik menerusi sebuah laman page di laman Facebook menunjukkan dua wanita yang dipercayai berusia belasan tahun itu melakukan aksi berbahaya itu di sebatang jalan yang tidak sibuk.

Tidak diketahui lokasi dan tarikh sebenar kejadian, kedua-dua remaja yang bertudung itu menunggang sambil berbaring di atas motosikalnya, sementara seseorang merakam adengan itu dari sebuah kenderaan lain.

Rakaman itu kemudian mendapat pelbagai reaksi dan komen negatif daripada netizen lantaran aksi berbahaya yang ditunjukkan bukan sahaja melanggar perturan jalan raya, malah turut menjatuhkan imej sopan santun seorang wanita muslim.

“Berapa hantaran nak kasi dekat dua orang awek yang ni min? apa pun simpan dulu video ni, cukup 30 tahun post balik video ni bagi anak dia tengok mak dia pernah jadi superman ‘bergetah’ 😂,” tulis Adam Haikal.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nursyafiqah Ali pula menyifatkan aksi itu sekadar untuk mendapatkan perhatian dan tidak sesuai dilakukan oleh seorang wanita, selain membahayakan nyawa.

“Kadang-kadang nak dapat perhatian dan pujian malah rasa bangga kerana mampu buat macam tu sebab kebanyakan yang buat begitu cuma lelaki je, ni perempuan pula siap bertudung pulak tu,” katanya.

Sehingga kini video rakaman itu telah menerima perkongsian lebih daripada 25,183 sejak dan mendapat lebih daripada 2,000 komen daripada pelajar alam maya. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com