Tiz Tutup Ruang Komen, Roberto Carlos Jadi ‘Mangsa’


TINDAKAN pelakon jelita, Tiz Zaqyah berkongsi sekeping gambar dirinya berpelukan erat dengan bintang bola sepak dunia, Roberto Carlos mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen mengutuk tindakan ‘berani’ pelakon itu yang disifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak tahu menjaga batas sebagai seorang wanita Muslim.

Tiz bagaimanapun telah bertindak untuk menutup ruangan komen pada entri berkaitan sehingga menyebabkan netizen beralih arah ke Instagram milik selebriti sukan itu pula.


Netizen dilihat seperti tidak dapat membendung kemarahan membuak-buak sehinggakan bertindak mencari alternatif lain meluahkan perasaan mereka.

Terkesan dengan tindakan tersebut, Tiz kemudiannya memuat naik sebuah status di Insta story miliknya meluahkan rasa kesal akan tindakan segelintir netizen yang didakwa merasa iri dan dengki terhadapnya.


“Tak dapat komen gambar kita, dia pergi komen orang lain punya. Tahap dengki itu tinggi betul, so much effort,” tulis Tiz.

Sehingga kini, perkongsian berkenaan dilihat terus mencuri perhatian ramai terutamanya netizen di laman Instagram.  – Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com