Terkencing: Mangsa Kemalangan Maut Selepas Diterbalikkan Pemandu Ambulans


KERALA - Semuanya gara-gara tidak berpuas hati dengan tindakan seorang mangsa kemalangan yang terkencing dan muntah di dalam ambulans, menyebabkan seorang pemandu van bertindak menterbalikkannya.

Mangsa akhirnya meninggal dunia beberapa jam kemudiaan.

Lapor media tempatan, selepas diterbalikkan, mangsa ditinggalkan di atas pengusung di dalam ambulans di ruangan parkir Hospital Thrissur Medical College, di Kerala, India.

Insiden terbabit menjadi viral apabila video kejadian sempat dirakamkan seorang saksi yang memaparkan mangsa di atas pengusung dengan kepalanya terjuntai.

Ia terus membangkitkan kemarahan rakyat negara itu.

Pemandu ambulans terbabit kemudiannya ditahan dan didakwa atas kesalahan jenayah kerana membahayakan nyawa seseorang.

Dalam kejadian 20 Mac lalu itu, mangsa dikatakan sebelum itu mengalami cedera parah dan kecederaan di kepala akibat kemalangan.

Menurut polis, mangsa mendapat rawatan awal di Palakkad, sebelum dipindahkan ke Thrissur.

“Sejurus tiba di hospital, pembantu perubatan yang mengiringi mangsa telah berlari untuk mendapatkan sarung tangan dan sewaktu itulah kejadian malang mangsa diterbalikkan itu berlaku,’ menurut seorang sumber polis.

Sungguhpun berjaya diangkat ke kerusi roda dan kemudiannya menjalani pembedahan kecemasan, mangsa akhirnya meninggal dunia.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com