Surat Minta Kerja Steve Jobs Dilelong RM195,000


PADA tahun 1973, Steve Jobs telah memohon kerja di sebuah syarikat–beberapa tahun sebelum dia menyedari dia lebih sesuai menjadi majikan dan menubuhkan Apple Inc. bersama-sama rakan kongsinya, Steve Wozniak.

Borang permohonan satu mukasurat yang diisi oleh Jobs yang baru berusia 18 tahun ketika itu — berserta kesalahan ejaan, tanda baca dan sebagainya — akan dilelong pada bulan hadapan.

Kertas yang sudah kekuningan akibat dimamah usia itu dianggarkan bernilai US$50,000 (RM195,000), dan menunjukkan Jobs yang berminat bekerja dalam bidang teknologi.

Dia menulis ‘Steven Jobs’ di ruangan nama penuh dan hana meletakkan ‘Reed College’ (university tempat Jobs belajar sebelum berhenti enam bulan kemudian) sebagai alamatnya.

Jobs juga menulis ‘kesusasteraan Bahasa Inggeris’ sebagai kursus ijazahnya dan menyertakan ’24 February 1955′ dalam ruangan tarikh lahir.


Meskipun mencipta iPhone yang merevolusikan teknologi peranti dan komunikasi dunia, hanya menulis ‘tiada’ dalam ruangan telefon. Bayangkan, Jobs tiada nombor telefon tetap ketika itu!

Selain itu, pencipta hebat ini meletakkan ‘komputer’ dan ‘kalkulator’ sebagai kemahirannya, di samping ‘reka bentuk, teknologi’.

Dia juga meletakkan ‘teknologi elektronik atau kejuruteraan reka bentuk. digital’ di dalam ruangan Kebolehan Istimewa’.

Selain daripada borang ini, lelongan turut akan dibuat terhadap dua lagi item milik mendiang iaitu manual teknikal model Mac OS X yang bertandatangan bernilai US$25,000 (RM97,000) dan keratan akhbar artikel di mana Jobs memperkenalkan iPhone 3G yang berharga US$15,000 (RM58,000).

Lelongan tersebut akan dibuat pada 8 hingga 15 Mac di RR Auction. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com