Starbucks Diarahkan Letak Amaran Bahaya Barah


WASPADA… Bimbang risiko kesihatan jutaan pengguna, seorang hakim di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengarahkan syarikat kopi termasuk Starbucks meletakkan label amaran barah.

Ia wajib dipamerkan pada setiap produk kopi masing-masing yang dijual di wilayah California. Ini memandangkan bahan kimia Acrylamide dilaporkan boleh terhasil semasa biji-biji kopi tersebut dipanggang sebelum dikisar halus.

Tuntutan kes mahkamah itu sebenarnya sudah lama difailkan pada 2010 lalu oleh pihak Majlis bagi Pendidikan dan Penyelidikan Toksik (CERT). Material beracun Acrylamide boleh menyebabkan penyakit barah dalam tisu hidup.


Syarikat-syarikat kopi yang terlibat bagaimanapun berhujah di mahkamah bahawa pendedahan para pengguna terhadap bahan toksik berbahaya itu sepanjang hayat mereka adalah berada dalam tahap yang boleh diterima.

Namun, hakim berkenaan menjelaskan bahawa syarikat-syarikat kopi sebagai gagal untuk membuktikan tentang adanya “tahap yang dapat diterima” itu dan memberi masa sehingga 10 April ini untuk mengemukakan rayuan.

Hakim Mahkamah Agung California, Elihu Berle turut mengarahkan Persatuan Kopi Kebangsaan yang mewakili kepentingan 90 defendan dalam kes itu mengenai penalti berat jika terus ingkar. – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com