Siti Nurhaliza Cipta Sejarah! Selebriti Tempatan Pertama Ada Aplikasi Sendiri


PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencipta sejarah apabila menjadi selebriti tempatan pertama yang mempunyai aplikasi sendiri di telefon pintar.

Beliau yang baru saja menimang cahaya mata perempuan pada Isnin lalu melancarkan aplikasi itu semalam dan perkara itu dikongsi menerusi status di Instagramnya.

Siti berkata, aplikasi Siti Nurhaliza Official App itu menggabungkan semua platform rasmi media sosial miliknya termasuk gambar dan video eksklusif.

Peminat Siti boleh memuat turun aplikasi tersebut dalam tempoh 24 jam menerusi Google Playstore dan Apple App Store.

Menariknya, peminat yang memuat turun aplikasi ini akan mendapat 3,000 'stars' percuma untuk pembelian bahan kandungan eksklusif.

Bagi memastikan kandungan  eksklusif itu tidak disalah guna, Siti menggunakan 'watermark' logo Selklik dan alamat emel pengguna di mana tindakan boleh diambil terhadap pengguna.

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com