Shahnaz Dilantik Ketua Polis Daerah Yan Baharu


ALOR SETAR - Bekas Ketua Balai Polis Jitra, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar telah dilantik Ketua Polis Daerah Yan bagi menggantikan tempat Superintenden Muhamad Halim Yatim yang ditugaskan ke Ibu Pejabat Polis Padang Besar, Perlis berkuat kuasa, kelmarin.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung, kelmarin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan dan disaksikan Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim.

Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainal Abidin Kasim berkata, beliau berharap ketua polis daerah baharu dapat memberi yang terbaik untuk daerah Yan.

“Selamat maju jaya kepada kedua-dua pegawai ini yang menerima kenaikan pangkat.

“Diharap semua pegawai dan anggota dapat memberi kerjasama yang baik kepada ketua polis daerah baru ini dalam usaha mengekang jenayah dalam memberi persepsi terbaik kepada masyarakat,” katanya memetik Sinar Online.

Sementara itu, Muhamad Halim yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Polis di IPD Padang Besar mula bertugas di Yan pada 2015.

Sepanjang bertugas di daerah Yan, Muhammad Halim berjaya menurunkan kadar jenayah pada tahap membanggakan.

Menurut Halim pada 2015 hingga 2017 kes jenayah kekerasan menurun sebanyak 23.8 peratus.

“Manakala jenayah harta benda menurun sebanyak 6.25 peratus dan jenayah indeks juga menyaksikan penurunan sebanyak 2.7 peratus,” ujarnya.

Bagi Shahnaz, beliau melihat tugas baharu ini sebagai langkah terbaik dalam kerjayanya.

“Terima kasih kepada peluang yang diberikan dan saya akan menerima tanggungjawab ini dengan baik.

“Untuk bersama bergerak ke hadapan saya berjanji akan meningkatkan usaha lebih proaktif agar ia kelihatan relevan dengan masyarakat masa kini,” katanya ketika berucap di majlis serah terima tugas di IPD Yan, pada Selasa.

Shahnaz, 42, berasal dari Temerloh Pahang mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1996 dan berkhidmat di Balai Polis Jitra selama enam tahun.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com