Satelit Milik China Lintasi Malaysia Pada Ketinggian 176.908 Kilometer


KUALA LUMPUR - Satelit Tangong-1 milik China yang akan gugur ke bumi pada 31 Mac 2018 di jangka memasuki ruang udara  Malaysia mulai 2.28 petang dari arah barat melintasi Lembah Kelang dan Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lintasan pertama itu akan berada pada ketinggian 176.908 Kilometer (KM) selama 81 saat dan menjunam sehingga 176.766 KM ketika memasuki Laut China Selatan.

Sementara lintasan kedua akan bermula dari utara perairan Kelantan di Laut China Selatan pada ketinggian 184.037 KM jam 1.44 tengah hari dan berakhir 47 saat kemudian selepas melintasi sempadan laut di perairan Pahang menuju ke selatan.

Tiangong-1


Serpihan Tiangong-1 akan melintasi Malaysia dari arah barat menuju ke Laut China Selatan dan satu lagi lintasan berlaku bermula dari utara Laut China Selatan menuju ke selatan perairan negara.-foto ANGKASA

Bagaimanapun semua maklumat yang diberikan adalah ramalan dan mungkin berubah setiap hari.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui Laman Portal ANGKASA iaitu www.angkasa.gov.my

Sumber: Awani

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com