Saham Facebook Jatuh Menjunam AS$58 Bilion Selepas Kes Kebocoran Data


SAN FRANCISCO – Nilai saham Facebook jatuh menjunam sebanyak AS$58 bilion (RM227 bilion) minggu ini selepas insiden kebocoran data terbesar dalam sejarah syarikat gergasi tu, lapor BBC.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg beberapa hari lalu memohon maaf kepada umum susulan kebocoran data yang dipercayai melibatkan kira-kira 50 juta penggunanya.

Bagaimanapun, permoho­nan maaf itu tidak dapat menghalang para pelabur daripada terus menjual pegangan saham mereka di Facebook.

Kebocoran data itu digelar sebagai ‘cahaya lampu’ apabila rata-rata pengguna media sosial itu menggunakan hashtag #deletefacebook.

Saham firma media sosial itu dikatakan jatuh daripada AS$176.80 seunit (RM692) pada Isnin lalu kepada AS$159.30 (RM624) sebelum ditutup pada Jumaat.

Facebook membuka tawaran saham awam pada harga AS$38 (RM148) setiap unit pada tahun 2012 menjadikan nilai saham syarikat itu AS$104 bilion (RM407 bilion).

Susulan kadar pertumbuhan pengguna yang semakin meningkat menyebabkan harga saham Facebook me­ningkat dari semasa ke semasa sehingga mencecah AS$190 (RM744) seunit pada bulan lalu.

Seorang penganalisis ka­nan di firma Penyelidikan Pi­votal, Brian Wieser berkata, kerugian harga saham yang ketara menunjukkan para pelabur bimbang me­ngenai peningkatan peraturan menyebabkan mereka mula meninggalkan platform ber­kenaan.

“Sebaliknya, hanya terdapat risiko kecil bagi para pengiklan untuk meninggalkan Facebook memandangkan mereka tidak mempunyai alternatif lain,” katanya.

Seorang lagi penganalisis di Hargreaves Lansdown, Laith Khalaf menyifatkan apa yang berlaku merupakan episod ‘kemusnahan’ dalam sejarah Facebook.

“Salah satu kejayaan Face­book ialah semakin ramai menggunakan laman sosial itu. Malangnya, laman sosial itu terpaksa berdepan kemerosotan apabila kehila­ngan sebahagian besar pengguna gara-gara skandal data pengguna,” katanya.

Sumber – Agensi

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com