Saat-Saat Khatib Temui Ajal Di Mimbar Jumaat…


RAKAMAN video memaparkan seorang khatib tiba-tiba rebah ketika menyampaikan khutbah Jumaat menjadi tular di laman sosial.

Dalam kejadian Jumaat lalu di Masjid Al-Falah di Tangarang, Barat Jakarta, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Kolik Sufyan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV), Kolik yang berjubah hitam dan berserban dilihat terhenti seketika ketika memberi syarahannya, sebelum dia tersungkur daripada mimbar.

Terkejut dengan insiden itu, beberapa jemaah yang lain terus memberikan bantuan dan mangsa kemudiannya dilihat diusung keluar secara perlahan-lahan.

Mangsa terus dibawa ke hospital dengan menaiki van masjid namun keadaannya pada ketika itu sedang nazak. Khatib berkenaan bagaimanapun menghembuskan nafas terakhir tidak beberapa lama kemudian.

Menurut pihak hospital, mangsa meninggal dunia akibat mengalami masalah kompikasi jantung yang teruk.

Sehingga kini, rakaman CCTV insiden tragis tersebut mengundang sayu dan rasa sedih netizen khususnya daripada pengguna media sosial Indonesia.- Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com