Ruang Makan Obama Jadi Pameran Restoran Di Hanoi


RESTORAN Bún chả Hương Liên menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai kerana pernah disinggah oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama pada 23 Mei 2016.

Malah, pemilik restoran tersebut telah menjadikan ruang makan yang terdiri daripada meja, kerusi, bekas makanan dan cawan serta alatan makan yang digunakan Obama sebagai alat pameran.

Menurut CNN, semasa kehadiran Obama ke negara tersebut adalah untuk memperbaiki hubungan dengan negara bekas jajahannya serta yang pernah diperangi Amerika Syarikat (AS).


Obama hadir ke restoran berkenaan ditemani Personaliti Televisyen dan tukang masak terkenal AS, Anthony Bourdain bagi menikmati hidangan istimewa dan masakan tradisional Vietnam.

Kedua-dua mereka berkunjung ke sebuah restoran yang menyediakan hidangan mee tempatan yang dikenali sebagai Bun Cha, daging babi panggang berserta sos dan sup serta herba segar.

Peliknya, orang ramai yang mengunjungi restoran tersebut pada masa yang sama tidak sedar akan kehadiran Obama dan Bourdain, seakan-akan mereka telah terpesona dengan hidangan masing-masing.


Bourdain telah memuji masakan tradisional tersebut dan berkongsi detiknya bersama Obama melalui laman rasmi Twitter dan Instagram miliknya.

“Jumlah bil makan malam bun cha bersama Presiden adalah $6 (RM24.66)  Saya yang belanja!” tulis Bourdain di Twitter.


Obama dan Bourdain dikerumuni oleh kebanyakan rakyat Vietnam yang berada di situ ketika mereka mahu meninggalkan tempat tersebut.

Kini, restoran tersebut telah menjadikan hidangan yang disediakan pada Obama dan Bourdain pada malam itu adalah menu utama sebagai tarikan pengunjung dan pelancong.


Selain restoran yang mendapat sambutan atas kehadiran bekas presiden AS tersebut, terdapat tempat lain di Vietnam yang menjadi kunjungannya dan dinamakan tempat tersebut sempena nama beliau seperti Kuil Obama (Chùa Obama). - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com