Rezeki Musim Kemarau Di Kedah, 'Li Cendol' Dapat Sambutan


ALOR SETAR - Musim kemarau yang sedang melanda utara Semenanjung kini memberi limpahan rezeki buat seorang peniaga cendol di Alor Setar apabila hasil jualannya meningkat.

Bagi peniaga berkenaan, Fazli Abu Bakar, 27, berkata, sejak awal bulan ini, dia tidak menang tangan melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang ke gerainya.

“Waktu yang paling sibuk adalah ketika murid pulang dari sekolah pada tengah hari dan waktu orang ramai pulang dari pejabat pada waktu petang,” katanya memetik MyMetro.

Fazli atau lebih dikenali sebagai Li Cendoi mampu menjual antara 200 hingga 300 sajian sehari.

Jelasnua, setiap hari dia memerlukan 40 kilogram cendol dan jualan lazimnya habis menjelang jam 6 petang.

Tinjauan mendapati Rosli yang sudah dua tahun berniaga di hadapan Maktab Mahmud Pokok Sena di Langgar bersama dua pembantu sentiasa sibuk melayan pelanggan sama ada untuk minum di gerainya atau dibawa pulang.


Ujar seorang pelanggan, Alia Afiqah Shaharin, 21, dia ingin mencuba cendol di gerai itu selepas ia tular di laman Facebook (FB).

“Walaupun tinggal berdekatan, saya tidak tahu mengenai gerai ini sehingga diajak rakan, Rafidah Khazali, 28 untuk menikmati cendol yang tular itu.

“Rasanya sangat sedap dan berbaloi untuk mencubanya sesuai dengan cuaca yang panas sekarang ini,” ujarnya.

Antara yang menarik dan mendapat permintaan adalah cendol buah mengandungi mangga, pisang, pulut dan strawberi.

Selain harga cendol yang dijual juga berpatutan antara RM2 hingga RM7, Fazli turut berniaga bihun sup di gerainya yang dibuka setiap hari kecuali Jumaat. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com