Remaja KRT Di Sungai Petani Teruja Jumpa Badrol Bakhtiar


SUNGAI PETANI – Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Amanjaya Zon Mawar Fasa 7 mengambil pendekatan berbeza menarik golongan muda menyertai aktiviti riadah dengan menampilkan pemain bola sepak Kedah terkenal, Badrol Bakhtiar.

Pengerusi Jiran Muda, Mohamad Shaiful Md Saad berkata, pendekatan itu dicetuskan bagi menarik lebih ramai ahli Jiran Muda menyertai aktiviti KRT di samping memberi motivasi.

Menurutnya, selain berkongsi idea dan pengalaman, ahli Jiran Muda dapat berinteraksi secara langsung dengan personaliti berkenaan sekali gus menanam minat untuk menjadi pemain bola sepak terkenal.

“Ramai ahli Jiran Muda ni minat Badrol sebab dok tengok kehandalan Badrol beraksi atas padang, selalu depa tengok Badrol di stadium sahaja main bola tapi hari ni boleh bersembang dan ambil gambar.

“Kita lihat ramai yang tak sabar nak buat aktiviti pagi ini sebab nak tunggu idola mereka,” katanya ketika hadir ke Aktiviti Kecergasan Bersama Jiran Muda dan Program Santai Bersama Badrol Baktiar di Bukit Banyan, baru-baru ini.

Sumber: Sinar Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com