Rampasan Kapal Layar Mewah Tiada Kaitan 1MDB


KUALA LUMPUR - Rampasan kapal layar mewah yang didakwa milik ahli perniagaan, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low oleh pihak berkuasa Indonesia di Bali semalam tidak mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penganalisis politik, Lim Sian See berkata, wang untuk membeli aset tersebut tidak datang secara terus daripada 1MDB malah syarikat pelaburan strategik kerajaan itu langsung tidak membeli aset berkenaan.

“Rampasan kapal layar ini seolah-oleh membuat penyokong Pakatan Harapan diketuai DAP menjadi teruja sedangkan aset yang disita itu bukan milik 1MDB malah 1MDB tidak peduli tentang aset tersebut.

“Ini bukan penyitaan pertama terhadap aset Jho Low, sebelum ini lukisan dan pesawatnya juga dirampas, jadi kenapa perlu gembira dengan penyitaan ke atas sebuah lagi aset,”katanya menerusi Facebook miliknya semalam.

Kapal layar Jho Low yang dipanggil Equanimity itu telah dirampas di Bali semalam kerana dipercayai dibeli menggunakan dana yang didakwa diseleweng dari 1MDB.

Sumber: Utusan Online

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com