Rakyat Kedah Beruntung, Macam-Macam Pembangunan Dilaksanakan


ALOR SETAR - Pembangunan projek di Kedah yang disenaraikan dalam laporan tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2017, membuktikan Kerajaan Persekutuan komited dalam membawa kemajuan ke negeri itu.

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, berkata komitmen Kerajaan Perseketuan terhadap Kedah juga dapat dilihat menerusi projek pembangunan baharu melalui Pelan Pembangunan Strategik Negeri Kedah 2019 - 2035.

Justeru, katanya, amat penting bagi rakyat untuk terus memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir Kedah dan negara ini supaya pembangunan yang dirancang dapat terus dijalankan.




"Ia adalah bukti komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap pembangunan Kedah selama ini. Ia jelas dapat dilihat yang mana setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib, datang ke sini, tidak pernah dia tidak umum sesuatu untuk rakyat.

"Rakyat Kedah ini untung sebab berada di bawah kerajaan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan. Sebab itu, semua perancangan pembangunan dapat dilaksanakan," katanya memetik BH Online.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama komuniti dan penyerahan wang ihsan kepada mangsa banjir. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com