Rakam ‘Spender’ Wanita, Anak Senator Thai Dibebas


ANAK kepada seorang senator Thailand, terselamat daripada hukuman penjara oleh mahkamah atas dakwaan cuba merakamkan video bawah skirt wanita di Oxford Street.

Pratyayoud Tupchareon, 27, adalah anak kepada Youdtana Tupchareon, manakala ibunya Jutipon adalah seorang hakim. Pratyayoud memberi alasan berbuat demikian kerana terpengaruh dengan trend di YouTube,

Dia ditangkap oleh pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah di London ketika mengekori beberapa wanita dari belakang.

Pengawal itu melihat dia cuba melakukan perbuatan berkenaan berulang kali manakala kamera yang digunakan itu disembunyikan di dalam sebuah beg.

Hakim Elizabeth Roscoe ketika membaca penghakimannya bagaimanapun membidas Pratyayoud dan kesal kerana lelaki itu melakukannya.


“Saya tidak tahu apa yang kamu fikirkan. Kamu sudah 27 tahun dan bukan lagi kanak-kanak. Kamu amat bertuah kerana mempunyai keluarga yang memberikan sokongan sepenuhnya tetapi perbuatan ini adalah tanggungjawab kamu.

“Saya menerima alasan kamu kerana terpengaruh dengan YouTube dan tiada benda lain ditemui pada peralatan media kamu. Ia juga merupakan perbuatan pertama kali dan saya terima ia bukan untuk kehendak seks kamu.

“Tapi jika kamu berjaya merakamkannya, saya tak dapat bayangkan yang kamu tidak akan tunjukkan pada orang lain. Ia amat bodoh dan amat jelas kamu telah menyakiti keluarga kamu yang tentunya terkejut dengan kes ini,’’ kata hakim.

Pratyayoud bagaimanapun perlu mengikuti arahan yang ditetapkan oleh hakim di mana dia dilarang memasuki bandar Westminster selama empat bulan dan perlu memakai taq khas.

Dia perlu berada di rumah antara 7 malam hingga enam pagi selama 12 minggu.

Pratyayoud menuntut di Universitu Regent yang mengenakan yuran sebanyak RM94,000 setahun. Ibu bapanya terbang ke London semalam dari Bangkok semata-mata untuk mendengar keputusan kes berkenaan. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com