Puteri UMNO Sungai Petani Bantu Wanita Terlantar Strok


ALOR SETAR –  Ketua Puteri Umno Sungai Petani, Mashitoh Mohamad Yusoff menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang ibu yang terlantar akibat strok kali kedua.

Menurut anak keempat daripada enam beradik, Rapishah Bakar, 48, dari Taman Songket, Sungai Petani berkata, dia hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM1,000 sebulan sebagai tukang cuci di Klinik 1Malaysia, menggunakan sepenuh wang berkenaan bagi menyara ibunya, Lim Awang, 80.

Menurutnya, tahap kesihatan ibunya semakin merosot sejak diserang demam lebih seminggu lalu menyebabkan kaki dan tangannya menjadi kaku.

Sebelum ini juga, ibunya tidak mampu berjalan sejak lapan tahun lal

“Sebelum ini, mak boleh makan macam biasa, bersembang dan gerak-gerak sikit kaki dan tangan walaupun dah lumpuh lapan tahun.

“Tapi sejak demam baru-baru ni, dia jadi teruk lagi, tak boleh makan dan bercakap, nak bagi susu pun guna tiub sahaja,” katanya.

Sementara itu, Mashitoh berharap agar sumbangan kepada warga emas berkenaan dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga.

“Hari ini kami sampaikan sumbangan Barakah kepada penduduk di Dun Sidam dan dalam lawatan sama, kami singgah di rumah kak Rapishah setelah mendapat tahu ibunya baru seminggu keluar dari hospital akibat diserang strok kali kedua,” katanya.

Apa yang difahamkan, ibunya secara tiba-tiba menjadi lesu menyebabkan dia terpaksa menghubungi ambulans untuk membawanya ke hospital.

“Lepas seminggu duduk hospital doktor bagi balik, tapi macam ni lah keadaan dia,” jelasnya.

Rapishah berkata, serangan strok kali kedua menyebabkan kaki dan tangan, ibunya tidak mampu lagi digerakkan selain warga emas itu tidak lagi boleh bercakap dan hanya menggunakan pandangan mata sebagai isyarat untuk berkomunikasi dengan anak-anaknya.

Katanya, ibunya merupakan penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda sebanyak RM300 sebulan.

Orang ramai yang bersimpati boleh menyampaikan sumbangan ke dalam akaun Bank Simpanan Nasional bernombor 02119 4100002 4115 atas nama Rapishah. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com