Putera Charles Minta Camilla Buat 'Surjery' Demi Selamatkan Perkawinan?


LONDON – Pernikahan Putera Charles dan Camilla Parker Bowles diselangi dengan berita yang tidak disengajakan.

Isu perceraian kedua-duanya digembar-gembur dan telah tersebar malah, disorot beberapa media gosip di Negara Queen Elizabeth itu.

Dipetik dari laman Gossipcop.com, Sabtu (10/3/2018), di tengah-tengah isu itu, penyebab diketahui dari sumber, bahawa bekas suami Puteri Diana itu meminta isterinya melakukan pembedahan plastik.

Sebelum ini, majalah National Enquirer menyebutkan, Putera Charles meminta Camilla melakukan pembedahan plastik demi menyelamatkan rumah tangga mereka.

Di dalam majalah itu juga turut melampirkan satu gambar yang dianggap aneh.

Menerusi gambar itu, kelihatan dengan tatapan yang penuh perhatian, Putera Charles memandang Kate Middleton dan Meghan Markle, iaitu isteri masa depan Putera Harry.

Pandangan itu telah disifatkan sebagai mencemburui terhadap anaknya yang memiliki isteri yang cantik.

Berita itu kemudiannya, diberitakan juga oleh media tempatan bahawa kedengaran arahan dari Putera Charles kepada Camilla.

“Pergi lakukan operasi atau perkahwinan tamat,” tulis media itu.

Malah, terdapat butiran penambahbaikan fizikal yang dibincangkan.

Ia bermula dari kening, muka, leher, payudara, perut, paha, mata atas dan bawah.

Demi mendapatkan kesahihan laporan ini, laman web Gossipcop.com mengesahkan penyataan perkara itu dengan pihak istana dan percaya bahawa artikel itu benar-benar mengandungi kesalahan laporan.

Dari sumber istana menjelaskan bahawa imej pandangan Charles kepada menantu dan isteri masa depan Putera Harry itu tentulah tidak mencemburui, tetapi untuk melihat perkara yang baik dari teman kedua-dua anaknya itu.

Sumber istana juga menegaskan bahawa tidak ada arahan dari Putera Charles untuk menggunakan perkhidmatan pembedahan plastik.

Sebelum ini juga, National Enquirer turut mendakwa bahawa Putera Charles pernah menganggap Istana Buckingham merupakan lokasi berhantu.

Terdahulu, cerita cinta antara Putera Charles dan Princess Diana berakhir pada 9 Disember 1992.

Masalah perselingkuhan yang membayangi perkahwinannya dikatakan sebagai punca keretakan keluarga kerabat diraja itu.

Kenyataan perceraian umum secara rasmi disampaikan oleh Perdana Menteri Britain John Major.

Dia menjelaskan bahawa pasangan diraja berpisah dengan aman.

Sumber -SuaraTV

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com