Pusat Peruntuk RM216 Juta Naik Taraf Loji, Bina Tangki Dan Ganti Paip Atasi Gangguan Air Di Merbok


Gangguan bekalan air di kawasan Parlimen Merbok, khususnya dalam DUN Tanjung Dawai dan Buki Selambau akan diatasi segera apabila kerajaan Persekutuan mengumumkan peruntukan berjumlah RM166 juta. 

Projek itu yang dijadual bermula bulan depan itu ialah menaik taraf Loji Rawatan Air Bukit Selambau daripada berkapasiti 30 MLD kepada 70 MLD dengan kos RM147.

Sementara itu RAM50 juta untuk pembinaan off River Storage Sungai Merbok dan RM19 juta  lgi diperuntukkan bagi membina menara tangki air dan penggantian paip di kawasan Merbok dan Tanjung Dawai.

Berita yang menggembirakan penduduk Merbok itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan beliau ke Tanjung Dawai hari ini untuk merasmikan Perumahan Nelayan Muafakat Kedah Tanjung Dawai di sini hari ini.

Kebanyakan penduduk Merbok sebelum ini bergantung keada logi air di Bukit Batu Pahat dan Tupah dan ganguan itu berlaku ketika musim kemarau panjang, musim perayaan serta disebabkan kebocoran paip-paip lama.

Masalah gangguan bekalan air bersih untuk penduduk di kawasan Parlimen Merbok akan terus diberi perhatian serius oleh kerajaan negeri dan UMNO bahagian itu. 


Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini berkata  walaupun langkah jangka pendek yang diambil dengan pembinaan telaga tiub di beberapa buah kampung, Syarikat Air Kedah Sdn Bhd (SADA) diminta terus membekalkan air ke rumah-rumah jika berlaku gangguan. 

Peruntukan yang diberikan oleh kerajaan Persekutuan itu merupakan persediaan jangka panjang untuk mengatasi gangguan bekalan air di kawasan itu yang kini semakin banyak pembangunan seperti perumahan awam dan istitusi pengajian tinggi. - Kedahnews.com  

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com