PRU 14: PKR Permatang Pauh Kata Simbol 'Bulan Sabit' Terbaik


Parti-parti dalam Pakatan Harapan kini  masing-masing mendakwa logo parti masing-masing  adalah yang terbaik bagi digunakan pada pilihan raya umum akan datang.


Selepas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menawarkan agar logo Bunga Raya digunakan oleh rakan sekutunya, Parti  Keadilan Rakyat (PKR) pula  mendakwa logo atau bendera parti itu adalah yang terbaik untuk diguna pakai oleh semua parti komponen Pakatan Harapan.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Permatang Pauh, Mohd Sharmizan Mohamad Nor berkata logo PKR menggambarkan  satu jenama yang telah memperjuangkan nasib rakyat menetang BN sejak 1999.


Bendera PKR merupakan logo paling ideal untuk diguna pakai dan rakyat seluruh negara akan melihat logo ‘bulan sabit’ ini adalah lambang penyatuan menentang ‘dacing’, katanya menyokong Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk menggunakan satu logo dalam PRU ini.


.“Keputusan untuk menggunakan satu logo yang sama di bawah payung Harapan adalah satu langkah ke hadapan yang tidak patut dibahaskan lagi, dan dalam kes ini, logo atau bendera PKR adalah yang terbaik untuk diguna pakai oleh semua parti.” katanya di sini, semalam.

Mohd Sharmizan yang dipetik daripada SinarHarian menyatakan penggunaan logo yang berlainan dalam Pakatan Rakyat juga merupakan salah satu faktor utama kekalahan pada PRU13  tersebut.


“Rakyat tidak memandang Pakatan Rakyat pada ketika itu sebagai sebuah gabungan, " ujarnya.


PKR berhak menuntut logo parti itu digunakan berbanding PPBM kerana ia  merupakan parti yang dianggota pelbagai kaum sedangkan parti pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad  mengkhuskan keahlian kepada orang Melayu sahaja.


Lagipun PKR merupakan parti yang telah lama dan berjaya memerintah Selangor berbanding PPBM yang belum terbukti lagi pencapaiannya.


Parti Amanah Negara (PAN) dan DAP belum lagi menawarkan logo parti mereka  selepas Dr. Mahathir mengumumkan kelmarin bahawa semua parti bersetuju untuk menggunakan satu logo daripada salah satu daripada empat parti dalam Pakatan Harapan. - Kedahnews.com


No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com