Produk Dutch Lady Malaysia Disahkan Selamat


PETALING JAYA – Dutch Lady Malaysia memberi jaminan bahawa semua produknya adalah selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia dan antarabangsa.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, perkara itu telah disahkan oleh keputusan ujian rasmi yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan semalam.

“Keputusan makmal adalah 100 peratus selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura.

“Penyiasatan yang dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan bahawa hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran,” katanya ndalam satu kenyataan media semalam.

Sehubungan itu, Tarang melahirkan rasa sukacita dengan keputusan yang diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk Dutch Lady Malaysia.


Kata beliau, Dutch Lady Malaysia juga gembira bahawa penyiasatan syarikat itu turut mengesahkan bahawa semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih.

“Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan para pengguna sentiasa menjadi keutamaan kami.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” tambah Gupta.

Untuk pertanyaan lanjut tentang produk Dutch Lady, sila hubungi talian 1800-88-1191 atau melalui e-mel di dutchladycareline@frieslandcampina.com. - Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com