Polis Jangan Stres Bekerja


KUALA LUMPUR - Pegawai dan anggota polis Kontinjen Kuala Lumpur dinasihatkan agar tidak stres dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kalau mereka melaksanakan tugas dengan cara yang betul dan berintegriti masalah itu tidak akan timbul.

"Jangan stres, kalau kita buat cara betul, kalau kita tinggalkan benda tak baik, kita boleh stres," katanya ketika berucap pada majlis pemakaian pangkat empat pegawai kanan dan 63 anggota rendah polis di sini kelmarin.

Beliau turut menekankan agar anggotanya mengekalkan tahap stamina dan tenaga dengan mengamalkan senaman setiap hari dan menjaga pemakanan.

Selain itu, beliau turut menegaskan aspek pentingnya anggota berketrampilan baik, menjaga imej, berintegriti dan berpengetahuan luas dalam skop tugas masing-masing. - Bernama

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com