Polis Cedera Diserang Dengan Pedang


MANCHESTER – Seorang anggota polis cedera selepas diserang dengan pedang, dekat sini.

Mangsa dikejar ke hospital selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.

Serangan yang disifatkan berniat jahat itu berlaku di Whalley Range menyebabkan anggota polis itu mengalami luka pada wajah dan bahu.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan kerana disyaki memiliki pedang yang digunakan untuk membelasah dan menyerang seorang pegawai polis.

Polis bertindak balas terhadap laporan orang ramai itu kemudian bertindak mengepung beberapa laluan di kawasan sekitar untuk siasatan lanjut. 

Sumber– MalaysiaGazette

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com