PM Serah Bantuan RM6.12 Juta Naik Taraf Masjid, Sekolah Pondok Dan SAR Di Kedah


ALOR SETAR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan bantuan sebanyak RM6.12 juta bagi membaikpulih masjid dan surau serta pembangunan Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan sekolah pondok di negeri Kedah.

Memetik Utusan Online, wang bantuan itu termasuk jumlah RM4 juta untuk kerja-kerja membaikpulih masjid dan surau manakala sebanyak RM2 juta diperuntukkan untuk asrama di 25 SAR.

Manakala, sebanyak RM162,000 pula diserahkan kepada 11 sekolah pondok.

Dalam majlis tersebut, Najib turut bersarapan dengan kira-kira 1,000 guru dan pelajar pondok serta pengetua SAR di negeri ini di Madrasah Al-Ulum Ad-Diniah Al-Usmaniah, Pondok Tanjung Kapur di sini.

Hadir sama ialah Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah. -Kedahnews.com

No comments:

AddThis

| Copyright © 2013 KedahNews.com